Sunday, June 8, 2014

aku cemburu

by :_faalee


aku melihat 
lelaki itu memeluk erat perempuan itu 
hubungan mereka rapat sekali 


aku cemburu 


sudah tentulah 
dia cinta pertama setiap perempuan 
dia ibarat perlindung 
ada yang kata adiwira 
aku masih tidak pasti 

aku melihat lagi disudut lain 
lelaki itu mengusap rambut perempuan itu 
penuh kelembutan 


 aku cemburu 


sudah tentulah 
cinta pertama aku hanya seorang wanita 
dia pelindung
dia adiwira
aku pasti, dia segala nya 

aku terdengar perbualan seseorang 
bicaranya cukup mesra 
di akhir pebualan ada ucapan sayang dan rindu 


aku cemburu 


ya ! sekali lagi aku cemburu . 
kerana aku tiada lelaki yang satu itu 


*seorang yang sukakan sastera 
tulisan ini tiada kaitan 
dengan yang hidup atau mati :)

No comments:

Post a Comment